Kaedah Azalina: "Kill Switch" Ada Kena Mengena Dengan "Pelesenan Media Sosial" ?

Imbas kembali pada 7 Februari 2024, berkenaan soalan Suhaizan Kaiat (PH-Pulai): Usaha kerajaan menangani masalah penipuan (scam ) dalam talian, Dijelaskan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang dan Pembaharuan Institusi), Datuk Seri Azalina Othman Said.

Jelasnya, Kerajaan Madani sedang merangka "undang-undang baharu" melibatkan peruntukan berhubung prosedur dan penguatkuasaan "Suis Pembunuh", bagi meningkatkan tahap keselematan digital secara terperinci dan cara yang jelas.



“Ini kerana kebanyakan undang-undang sedia ada (berkaitan keselamatan siber dan jenayah dalam talian) telah digubal sebelum 2010. Sebab itu undang-undang itu perlu dipinda, bukan sahaja dari segi substansi tetapi juga dari segi prosedur, supaya kita boleh bantu kerajaan menghadapi isu yang berlaku hari ini,” katanya. Baca: Azalina: Kill switch to be introduced to tackle online scams

 

Undang-undang termasuk Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001 ( Akta 613 ), Kanun Keseksaan ( Akta 574 ) dan Kanun Tatacara Jenayah ( Akta 593 ). bagi membolehkan wang yang dicuri dikembalikan kepada mangsa.

Azalina juga menyatakan perbincangan pertama Penggubalan Undang-undang berkaitan Jenayah Siber telah berlaku pada 5 Februari lalu, bersama Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil dan Menteri Digital Gobind Sigh Deo serta membabitkan enam agensi.

Adakah perbincangan 5 Februari melibatkan penguatkuasaan Pelesenan Media Sosial seperti termakhtub dijalankan pada tahun hadapan? 

Analisa pada 26 Februari, Azalina turut mengkritik undang-undang Jenayah Siber dengan menyatakan bahawa Malaysia telah ketinggalan jauh.


"Kalau berbanding macam kereta, ini betul-betul basikal buruk. Inilah sebabnya undang-undang ini perlu dipinda bukan sahaja dari segi substansif tetapi juga prosedur supaya kita dapat membantu kerajaan yang berhadapan dalam isu berlaku hari ini," katanya. Baca: Undang-undang tangani jenayah scam macam 'basikal buruk', perlu dipinda - Azalina


Langkah "Suis Pembunuh" Azalina tidak terlibat dengan "Pelesenan Media Sosial" Fahmi semakin jelas ketika beliau memuat naik kenyataan menerusi laman X...

 

Saya dan YB @fahmi_fadzil, Menteri Komunikasi telah mempengerusikan Mesyuarat Ketetapan Dasar bagi RUU Keselamatan Dalam Talian yang insyallah akan dibentangkan pada sidang Parlimen akan datang. Mesyuarat telah diberikan penerangan yang terperinci berkaitan dengan kandungan RUU… pic.twitter.com/rijdTCogoR



Azalina juga telah menyatakan pada 28 Julai, bahawa penguatkuasaan "Suis Pembunuh" termasuk satu perundangan baharu bagi meningkatkan tahap keselamatan dalam talian merangkumi peruntukan berhubung tatacara akan dibentangkan di Parlimen, Oktober ini. baca: Perundangan baharu tingkat keselamatan dalam talian dibentang Oktober - Azalina


Manakala Dua hari lalu, Fahmi Fadzil, menyatakan Kod tatalaku pelesenan penyedia platform media sosial bakal di umumkan selewat-lewatnya hujung bulan ini. 


Sementara itu beliau (Fahmi) berkata, beberapa akta baharu juga akan digubal seperti Akta Keselamatan Dalam Talian yang akan diuruskan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi), Datuk Seri Azalina Othman Said. baca: https://www.buletintv3.my/nasional/kod-tatalaku-pelesenan-penyedia-platform-media-sosial-diumum-selewat-lewatnya-hujung-oktober/


Perbandingan antara dua kenyataan ini jelas berbeza... Namun bagi membenteras Jenayah Scam Di Malaysia, Saya lebih memilih untuk mendengar kenyataan Datuk Seri Azalina Othman Said. Bukan berat sebelah... Kerana Fahmi fokus kepada PELESENAN MEDIA SOSIAL... 


INI SOAL KESELAMATAN RAKYAT!








 

Comments