Berdasarkan kisah "September Ends: The Israel-Gaza-Lebanese New Conflict, New Middle East, Oct 7 Anniversary." , di penghujungnya menjelaskan: "Jika Trump memenangi jawatan presiden, Netanyahu mungkin mempunyai kuasa tanpa had untuk meneruskan perang.": Jelas menimbulkan satu persoalaan akan kesahihannya.
Mana tidaknya, sewaktu Donald Trump memenangi kerusi presiden pada tahun 2016, apa yang dipamerkan seakan-akan hangat tahi ayam. Antara fenomena sepanjang pemeritahan empat tahunnya adalah mendapatkan perhatian awam, serta menjadi batu api perpecahan masyarakat yang mendalam.
Sekurang-kurangnya tiga perempat daripada Republikan menyatakan bahawa ayat bekas presiden itu sering membuat mereka berasa berharap, terhibur, bermaklumat, gembira dan bangga.
Sebahagian besar Demokrat berkata kata-katanya kadang-kadang atau sering membuat mereka berasa bimbang, letih, marah, terhina dan keliru.
Ditambah pula dengan rakyat Amerika nyalahkan Trump atas rusuhan di Capitol, termasuk 52% yang mengatakan kononnya Ahli Perniagaan itu memikul banyak tanggungjawab untuknya.
(Klik: Chaos in Washington as Trump supporters storm Capitol and force lockdown of Congress - BBC News) |
Pada 6 Januari 2021, Trump berucap dihadapan sekumpulan penyokong pada perhimpunan di luar Rumah Putih dan mendakwa pilihan raya telah "dicuri".
" Mereka boleh menggunakan anda. Bandar anda akan ke neraka. Mereka mahu Rudy Giuliani kembali ke New York. Kami akan mendapat versi Rudy yang lebih muda. Adakah itu baik, Rudy? Kita berkumpul bersama di tengah-tengah ibu kota negara kita untuk satu sebab yang sangat, sangat asas dan mudah, untuk menyelamatkan demokrasi kita. " Trump berucap di U.S. Capitol.
Dalam masa sama mesyuarat Kongres pada hari yang sama untuk mengesahkan kemenangan Biden, penyokong Trump menyerbu Capitol dalam serangan yang menyebabkan lima orang terbunuh dan memaksa penggubal undang-undang dipindahkan sehingga keadaan dapat dipulihkan dan pensijilan dapat diselesaikan.
Dewan Perwakilan Rakyat mendakwa Trump seminggu kemudian atas tuduhan menghasut keganasan, dengan 10 Republikan menyertai 222 Demokrat untuk menyokong keputusan itu.
Perhubungan dengan Israel jika Trump menjadi presiden lagi.
" Salah Satu Hari Gelap Dalam Semua Sejarah"...
Antara ungkapan Donald Trump khusus buat ulang tahun pertama serangan Hamas pada 7 Oktober 2023. Dalam masa sama Hartawan ini juga mengenang pernah menjadi mangsa cubaan pembunuhan di resort golfnya di Florida dan ungkapan tersebut diluahkannya semalam.
Klik: LIVE: President Trump in Miami, FL |
Sedar atau tidak, Bekas pelakon dan selebriti TV ini telah mengeluarkan penyata secara terbuka akan sokongan beliau keatas Negara Israel. Dalam masa sama: Seperti biasa mengeluarkan kenyataan berat sebelah.
Menyalahkan Harris dan Joe Biden kerana "Lemah": Trump menganggap bahawa dua individu ini memberi Hamas keyakinan untuk melancarkan serangan.
Calon presiden Republikan itu menyampaikannya spekulasi itu dihadapan hampir 300 penyokong, kebanyakannya daripada masyarakat Yahudi, bahawa gelombang sentimen anti-Israel yang katanya sedang melanda AS, dan dunia yang lebih luas, boleh dipersalahkan atas pentadbiran sekarang.
“Kebencian anti-Yahudi telah kembali ... dan dalam barisan parti Demokrat khususnya. Parti Republikan tidak dijangkiti penyakit mengerikan ini, dan tidak akan selagi saya bertanggungjawab." - TRUMP
Pilihan raya Amerika Syarikat 2024 dijadualkan diadakan pada hari Selasa, 5 November 2024, Kamala Harris, sebagai calon Parti Demokrat manaka Donald Trump, sebagai calon Parti Republikan.
Trump telah menunjukkan dirinya sebagai pembela Israel yang paling kuat dan lantang, tetapi turut mendapat kritikan atas komennya sebelum ini.
Komennya sebelum ini...Setahun yang lalu, pada hari selepas serangan "pengganas", Trump menggelar Hezbollah, kumpulan Lubnan yang bersekutu rapat dengan Hamas, "sangat pintar", dan menteri pertahanan Israel Yoav Gallant "orang bodoh".
Adakah Trump sudah hilang kewarasan atau ini hanya taktikal politik peribadi beliau?
Harris disoal sama ada Netanyahu Israel adalah 'sekutu rapat' AS |
Manakala Kamala Harris berkata pada awal hari di kediaman naib presiden, berjanji bahawa jika dipilih bulan depan dia akan "sentiasa memastikan bahawa Israel mempunyai apa yang diperlukan untuk mempertahankan dirinya".
Fahami betul-betul, kita sudah sedia maklum hubungan antara Israel dan Amerika Syarikat " Bagaikan Isi Dan Kuku". Dari aspek ekonomi, politik serta kuasa penaklukan " New Middle East".
Namun harus diingati akan konflik Ukraine-Russia serta persaingan ekonomi sengit antara China, jelas pemilihan Donald Trump sebagai presiden sekali lagi, mampu mencetuskan fenomena baharu dan memberi peluang kepada Israel untuk membuka langkahnya.
Pada 26 Julai, Perdana Menteri Israel Benjamin Netanyahu telah memandang kearah pilihan raya presiden 2024 dan merayu kepada Presiden Biden, Naib Presiden Harris dan bekas Presiden Trump untuk menyokongnya dalam menghalang Hamas.
Namun... Kamala Harris, yang bersedia untuk menjadi calon presiden Demokrat, menyeru Netanyahu untuk menamatkan penderitaan di Gaza.
Donald Trump: Hangat tahi ayam atau Kamala Harris: Titian biasa lapuk
By Jepry
Comments
Post a Comment