" saya akan menjelaskan dalam penulisan tidak formal khusus buat generasi saya, Gen Z dan seterusnya yang berat ingin membaca. " - Jepri or Jepry or Low-key or Loki
21 Pertuduhan kes melibatkan bekas Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Razak pada 20 September 2018 ( menurut Kronologi Awani ia bermula pada 4 Julai 2018 ). Boleh klik: Kronologi kes SRC Najib
Membabitkan RM4.3 billion sehingga kini, tahun "2024"; separuh daripadanya ternyata masih belum selesai...
Mari kita imbas kembali sambil menikmati "Kekentangan" kes (1MDB) :
Pertuduhan Pertama-Kesembilan - Pengubahan wang haram dengan menerima hasil daripada aktiviti haram berjumlah RM2, 081, 476, 926 daripada akaun milik Tanore Finance Corporation di Falcon Private Bank, Singapura ke dalam AmIslamic Bank Berhad miliknya. Bertempat Jalan Raja Chulan, No. 55, Jalan Raja Chulan, Bukit Ceylon antara 22 Mac hingga 10 April 2013.
Pertuduhan ke 10 - Pengubahan wang haram iaitu dengan memindahkan hasil daripada aktiviti haram sejumlah RM652, 600, 000 daripada akaun AmIslamic Bank miliknya ke dalam akaun milik Tanore Finance Corporation di Falcon Private Bank, Singapura.
Ok... Kita potong barisan terus ke...
Pertuduhan 20 dan 21 - Pengubahan wang haram dengan memindahkan hasil daripada aktiviti haram berjumlah RM162, 436, 711.87 daripada akaun Amislamic Bank Berhad miliknya ke dalam satu lagi AmIslamic Bank miliknya.
ct; Pertuduhan dibuat sebelum ia menjadi pecahan kes melibatkan 13 buah negara luar serta SRC termasuk Jho Low.
Jika nak ungkit kisah 1MBD ini memang tidak cukup 1001 satu muka surat sebenarnya, ditambah pula dengan kes SRC sangat-sangat rumit. Senang cerita banyak sangat "corner"!
Namun... dalam meneliti aspek politik di Malaysia, ia bermula daripada "Otai Berbisa Kita"; Tun Dr Mahathir, satu-satunya Tun M di dalam sebuah negara demokrasi yang berdaulat. Secara umumnya Tun M memang mempunyai isu " Menurunkan N daripada kerusi Perdana Menteri". Ayat ini saya ambil daripada Rocky's Bru yang mendakwa kenyataan ini dibawa oleh Salleh Syed Keruak. Sahabat beliau barangkali...
ct; Maaf Dr Rock... Saya Stalk page anda yang lampau, tambahan kami sebagai Gen mentahan perlu tahu akan isu ini.
Kenapa saya seru anda SEMUA... warga Z, Alpha dan Beta untuk mengetahui hal ini... Kerana kita sudah merasai kesenangan sewaktu kita sebagai rakyat marhaen !
Kedai Satu Malaysia... Klinik Satu Malaysia ( semestinya senang dapat MC sewaktu saya sekolah asrama... ) dan Kad Bantuan SISWA Satu Malaysia dengan kerjasama Bank Rakyat... Nikmat apalagi yang kita telah dustakan...
Maaf Tun M, kali ini saya tak berapa setuju dengan kenyataan Tun berkenaan "Orang Melayu Sudah Terbiasa Diberi Duit"... Atau mungkin ini sebuah taktikal psiko-politik beliau untuk mengubah mindset orang melayu; itu saya terima.
14. Kumpulan keempat adalah golongan muda dan yang berpelajaran termasuk ahli professional. Kebanyakan mereka ini bukan ahli UMNO dan bosan dengan UMNO. Mereka berpendapat samada UMNO tidak relevan atau UMNO adalah kumpulan pengampu yang hanya ingin mendapat sesuatu bagi diri mereka, justeru itu tidak ikhlas walaupun semasa cium tangan. - klik Masa Depan UMNO
Atau mungkin Tun M cuba ingin membuka tirai agar Rakyat Malaysia dapat 'Melihat' dan 'Belajar' sesuatu. Khususnya pada 'Keadaan Sekarang'; saya tak nak terangkan secara terperinci kerana "Saya Masih Muda Untuk Ditangkap" walaupun sudah pernah dua kali...
Perkembangan terbaharu perbicaraan kes 1MDB sudah tutup pada 30 Mei 2024 setelah hampir 6 tahun bicara... Manakala yang paling terbaharu... selain permohonan N atau fail afidavit atau fakta Titah Adendum atau sebagainya...
N pula masih mempertahankan bahawa dana SRC masih tidak dipulangkan ke Malaysia, Dana SRC dinyatakan telah beku di Switzeland... Dana berjumlah RM 4 Billion itu berasal daripada Kumpulan Wang Persaraan Diperbadankan (KWAP) telah dirampas oleh Penguatkuasa Negara terbabit.
N samada Telur Di Hujung Tanduk atau Diberi Berpadang Luas... MASIH Telur Dihujung Tanduk... Diberi Berpadang Luas BOLEH JADI...
"Bekas Perdana Menteri Thailand, Thaksin Shinawatra dilapor menerima pengampunan diraja dan tempoh parol akan berakhir esok."
Boleh jadi seperti kenyataan diatas, tetapi kena rasa 15 tahun besi penjara... Namun, umum sudah mengetahui... Ini Malaysia...
Comments
Post a Comment