Toleransi Politik Sudut Kaum: MIPP sertai PN



Kuala Lumpur, Dis 9 - Sikap terbuka dengan semua kaum telah membawa kepada permohonan Parti Rakyat India Malaysia (MIPP) untuk menyertai Perikatan Nasional sewaktu Mesyuarat Jawatan Kuasa Pusat telah diadakan di Sunway Lagoon Club, Bandar Sunway.

Menurut Presiden MIPP, S.P. Punithan, motif berkenaan atas asbab jalinan kerjasama pihak berkepentingan masyarakat India  serta parti-parti politik dan pemimpin mewakili kaum India dalam memastikan kaum India terbela.




Selain itu, penyertaan terbabit selaras dengan mandat yang telah diberikan oleh para perwakilan di dalam Mesyuarat Agung Khas yang diadakan pada 26hb November lalu serta keputusan sebulat suara oleh Jawatan Kuasa Pusat yang dicapai pada hari ini.

MIPP juga mewartakan satu kerangka agenda pembangunan ekonomi masyarakat India yang baru akan dibentuk dan diterajui Parti seiring dengan keperluan dan kehendak mengikut peredaran zaman. 

Punithan juga menyatakan bahawa kerangka itu juga mengambil nisbah atas idea-idea daripada pihak tertentu khusus golongan muda, pihak korporat dan usahawan.

" Kami percaya Parti Rakyat India Malaysia akan diterima oleh masyarakat India sebagai sebuah entiti politik nasional yang mewakili kaum India secara holistik.

"Kami akan merangka gerak kerja strategik serta agenda komprehensif baru untuk dijadikan asas bagi mendapatkan keperjacayaan dan keyakinan masyarakat India." katanya

Sebelum ini, bekas Ketua Pemuda MIC Selangor itu difahamkan telah menerima tawaran sebagai Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Khas Masyarakat India Perikatan Nasional (PN) yang berobjektifkan penelitian dan penyelesaian isu-isu berkaitan masyarakat India.




Comments