MELAKA: Asas corak penaklukan tradisonal bergantung kepada penggunaan kekuatan tentera dan pendudukan fizikal. Kebiasaannya melibatkan mobilisasi besar-besaran tentera, dipimpin oleh pemerintah atau empayar yang berkuasa dalam melancarkan kempen ketenteraan serta terlibat dalam pertempuran untuk menakluk dan mengawal tanah baharu.
Berbeza pula dengan corak penaklukan moden dimana telah berkembang keatas kecenderungan strategi diplomatik, ekonomi, dan ideologi.
"Presiden Amerika Syarikat (AS), Joe Biden dan Putera Mahkota Arab Saudi, Mohamed bin Salman pada Selasa mengadakan perbicangan mengenai usaha yang perlu diambil untuk mengelakkan perang antara Palestin dan Israel berpanjangan," White House. ( Biden, Putera Mahkota Arab Saudi bincang diplomasi perang Palestin-Israel, Oktober 25, 2023, Awani.)
Sistem ketenteraan masih diguna pakai namun ia sering digabungkan dengan cara lain seperti sekatan ekonomi, tekanan politik, dan operasi rahsia. Penaklukan moden juga mengutamakan pendudukan "bukan fizikal", untuk mempengaruhi dan mengawal negara lain melalui perkongsian ekonomi, pengaruh budaya, dan keunggulan teknologi.
Perbezaan lain terletak pada visi disebalik penaklukan. Penaklukan tradisional sebahagian besarnya didorong oleh keinginan untuk perluaskan wilayah, sumber dan pengumpulan kuasa.
"Kota raya Melaka ditawan Alfonso de Albuquerque, pada tahun 1511."
Empayar berusaha untuk meluaskan jangkauan mereka dengan menguasai wilayah jiran untuk keuntungan ekonomi dan kelebihan geopolitik.
Istilah geopolitik ini pada intinya berkaitan dengan interaksi antara kelompok manusia yang berkaitan dengan kekuasaan dengan memperhatikan realiti geografi yang dihadapinya. (Jurnal Kajian Lemhannas RI, Edisi 37 )
Penaklukan moden pula sering didorong oleh matlamat untuk mewujudkan pengaruh dan keunggulan global. Ia melibatkan Negara dan 'pelakon' bukan negara dalam peperangan siber, pertempuran ideologi, dan taktik kuasa lembut untuk menegaskan penguasaan. Dalam masa sama membentuk hal ehwal antarabangsa. Motivasi untuk penaklukan moden juga boleh merangkumi penyebaran ideologi, seperti demokrasi atau komunisme, dan keinginan untuk mengawal sumber dan pasaran strategik.
Tambahan pula, corak penaklukan tradisional sering dicirikan oleh pemerintah secara langsung, di mana penakluk menubuhkan sistem pentadbiran untuk mentadbir wilayah yang ditakluki. Ini melibatkan undang-undang dan institusi tersendiri. Ia sering menindas budaya serta tradisi tempatan.
Dalam mengekalkan tahap kawalan tidak langsung merupakan salah satu usaha yang dibawa oleh sistem penaklukkan moden. Daripada pendudukan secara terang-terangan, penakluk mungkin menyokong kerajaan "Boneka", menggunakan leverage ekonomi, atau menggunakan operasi rahsia untuk mempengaruhi landskap politik negara sasaran. Kawalan tidak langsung ini membolehkan penakluk mengekalkan tahap "penafian" yang munasabah dan mengelakkan tanggungjawab serta cabaran peraturan langsung.
Secara keseluruhannya, penaklukan tradisional berakar umbi daripada kekerasan dan penguasaan fizikal manakala corak penaklukan moden telah berkembang untuk merangkumi pelbagai strategi yang lebih luas, didorong oleh matlamat pengaruh global, penguasaan ekonomi dan keunggulan ideologi.
Persoalaannnya, Apakah konsep penaklukan yang digunakan oleh Israel terhadap Palestin?
Sources: 1. Hunt, L. (1996). The Making of the West: A Concise History. Bedford/St. Martin's. 2. Collier, P., & Hoeffler, A. (2004). Greed and grievance in civil war. Oxford Economic Papers, 56(4), 563-595. 3. Graham, D.T. (2014). Modern Conquest: Defeating the Sleeping Dragon. Harper Collins. 4. Hardt, M., & Negri, A. (2012). Empire. Harvard University Press.
Comments
Post a Comment