MELAKA WOI: Harga Pasaran Daging Satu Kg Bersamaan Antara RM 40 Hingga RM 38 , Jualan Agro Madani RM 30 Untuk Satu Kg

                              

Melaka, November 19, 2023: Penduduk Melaka khususnya di kawasan Paya Rumput menikmati kadar penjimatan sehingga 10 ke 30 peratus barangan kering dan basah dalam Jualan Agro Madani, berlansung pada harini bermula jam 8 pagi sehingga 12 tengahari.




Buat pertama kalinya pasar Jualan Agro Madani telah dijalankan di kawasan Dun Paya Rumput sekitar Masjid As-Solihin, Batu 8, Paya Rumput Melaka disinari sebanyak 7 buah gerai menjual barangan keperluan termasuk 5 kilogram kampit beras, papanan telur, daging lembu dan ayam serta pelbagai jenis ikan.



Jualan Agro Madani merupakan sebuah penjenamaan semula bagi Jualan Terus Dari Ladang (JTDL) dalam meningkatkan "Accessibility" dan "Availability" bagi memudahkan pengguna mendapatkan bekalan produk-produk segar pada kadar harga yang munasabah dan berpatutan.




Program jualan terus dari Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) ini disokong oleh ADUN Paya Rumput, YB Datuk Rais Bin Datuk Wira Yasin, juga merupakan Exco Kanan Perumahan, Kerajaan Tempatan, Saliran, Perubahan Iklim dan Pengurusan Bencana Negeri Melaka.



Asbab kehadiran program membawa kepada kesejahteraan harga antaranya satu kilogram bagi daging bersamaan RM 30, udang RM 30, cencaru RM 10, Kembung RM 10, Selar RM 10, Ikan Merah RM 26, Ikan Tenggiri RM 26, Ketam RM23, Ikan Bawal RM 23, Kerang RM 18 dan Telur ( C atau Kombo ) RM 10 untuk satu kilo.

Tambahan pula, peruntukan sebanyak RM100 juta disasarkan FAMA bagi inisiatif ini yang di jalankan di seluruh negara dalam tempoh tahun 2023.



Comments