Selamat Hari Lahir, Nurin...

 



Bapa kepada mangsa penculikan dan pembunuhan, menzahirkan mesej 'selamat hari lahir' ke 24 buat anaknya menerusi laman media sosial mengundang sebak warga netizen.

"Happy Birthday Kak Ngah yang ke-24 tahun. Dipinjam pada 11 September 1999, dipulangkan kembali pada 17 September 2007. Selamat ulang tahun, Al-Fatihah," tulisnya.

Jazimin Abdul Jalil dalam satu hantaran ucapan selamat hari lahir buat anaknya di Facebook mendapat interaksi yang positif oleh rata-rata pengguna dan turut memberi kata-kata semangat kepada bapa kanak-kanak itu. 

“Bermainlah di syurga wahai bidadari syurga. Kita yang tiada pertalian sekadar saudara seagama sampai sekarang rasa hiba. Semoga keluarga terus kuat dan reda atas pemergian. Kepada pelaku, sesungguhnya mahkamah Allah SWT itu pasti,”


“Tak pernah terlepas ikuti kisah adik Nurin. Sedih bila teringat, semoga pelaku diberi balasan setimpal,”


“Al-Fatihah sayang. Teringat anak sepupu, Sharlini. Tak lama lepas Nurin diculik. Sampai sekarang, tak tahu nak cakap luka dan sakitnya macam mana,”
 

 Kes penculikan dan pembunuhan Nurin Jazlin Jazimin mendapat perhatian media seluruh negara ketika dilaporkan hilang selepas keluar bersendirian untuk ke pasar malam di Wangsa Maju pada 20 Ogos 2007.




Comments