"Insya-Allah empat negeri berkenaan akan memperkukuhkan kerjasama bagi tujuan meningkatkan tahap sosio ekonomi, peningkatan hasil negeri dan kesejahteraan rakyat." DR MAHATHIR
Kuala Lumpur : Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad menerima warkah pertemuan keatas empat menteri besar negeri pentadbiran Perikatan Nasional (PN).
Lebih mengejutkan, Presiden PAS, Tan Sri Abdul Hadi Awang, sebelum ini mendakwa 'kurang sihat' ketika diarah untuk hadir ke Bukit Aman, muncul di pertemuan tersebut.
Kononnya, ingin 'berguru' dengan 'Otai' lama...
Hakikatnya apakah mereka lupa dahulunya pernah bersekongkol untuk menjatuhkan Mahathir ?
Abdul Hadi sebelum ini diarahkan untuk memberi keterangan di Ibu Pejabat Polis Diraja Malaysia, Bukit Aman, membabitkan ucapannya dalam kempen pilihan raya kecil (PRK) di Simpang Jeram, Johor.
"Ini kerana Abdul Hadi menyentuh isu mempertikaikan kuasa Lembaga Pengampunan yang mempunyai kaitan dengan Institusi Diraja," Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain, Pengarah (JSJ) Bukit Aman.
ADAKAH DEPA LUPA 'SEMANGAT 46' ?
"Parti Melayu Semangat 46 atau Semangat 46 merupakan sebuah parti politik serpihan UMNO. Semangat 46 ditubuhkan pada tahun 1988 selepas kekalahan Tengku Razaleigh Hamzah menentang Datuk Seri Dr Mahathir Mohamad untuk jawatan Presiden UMNO dengan majoriti 43 undi."
Hakikatnya perjuangan PAS sudah jauh tersimpang akibat 'goyang' dengan gelaran diwartakan baru-baru ini.
'Kluster Mahkamah...'
"Parti Melayu Semangat 46 bekerjasama dengan PAS, DAP, PBS, PRM, BERJASA, HAMIM, dan KIMMA demi bertanding dalam Pilihanraya Umum Malaysia 1990 dan 1995"
Adakah benar mereka tergolong dalam kumpulan kluster mahkamah? Sehingga sanggup menunggangkan agama Islam demi kepentingan politik.
Adakah kumpulan ini lupa sejarah? dulu kata lain... sekarang kata lain...
Imbas kembali 12 Ogos lalu, Dr Mahathir cenderung menyokong PN ketika PRN berlangsung melibatkan enam buah negeri.
Beliau menggesa pengundi untuk memangkah parti gabungan itu.
Nampak gayanya Dr Mahathir sudah cipta 'kambing hitam' baharu...
Comments
Post a Comment