Anwar mempertahankan janji-janji yang dibuat semasa pembentukan Malaysia, termasuk MA63.

 


KUALA LUMPUR: Datuk Seri Anwar Ibrahim telah menekankan komitmennya untuk memenuhi janji dan perjanjian yang dibuat semasa pembentukan Malaysia, termasuk Perjanjian Malaysia 1963 (MA63), sebagai sebahagian rancangan beliau wakil "generasi penerus". 


"Perjanjian Malaysia atau Perjanjian berkenaan Malaysia antara United Kingdom of Great Britain and Northern Ireland, Persekutuan Tanah Melayu, Sabah, Sarawak dan Singapura (MA63) adalah perjanjian yang menggabungkan Sabah,Sarawak, dan Singapura dengan negeri-negeri Persekutuan Tanah Melayu yang sedia ada, kemudian disebut sebagai Malaysia."


Dengan memberi tumpuan kepada tanggungjawab yang sangat penting untuk generasi akan datang dalam memastikan pengekalan komitmen, perjanjian serta memperkuat kesatuan dan kehormatan identiti "Bangsa Malaysia".


Penubuhan Persekutuan Malaysia serta kemerdekaan Sabah dan Sarawak di Borneo seolah-olah bekerja sama dengan baik.


Ini kerana deklarsi Federasi Malaysia pada tanggal 16 September 1963 tidak akan terwujud tanpa dua negari ini termasuk Singapura berpartisipasi pada ketika itu.


Walaubagaimanapun, dalam aspek undang-undang, Perlembagaan Persekutuan Malaysia yang mula berlaku pada tarikh tersebut sebenarnya merupakan satu evolusi yang mengubah, memperkemaskan dan memberi nafas baharu kepada Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu tahun 1957. 


Ia merupakan sebuah revolusi idea yang menerangi dan menerbitkan semula semangat kebangsaan.


Dengan pembentukan gagasan Persekutuan Malaysia,  taraf  kedudukan  istimewa  telah  diperluas  kepada  kaum bumiputera   di   Sabah   dan  Sarawak. Kedudukan   istimewa  orang   Melayu   dan bumiputera  dimaktubkan  menurut  Perkara  153  Perlembagaan  Persekutuan  Malaysia.

                                                                                          (Zainal Abidin Borhan et. al. 2014: 339)


Selamat Hari Malaysia !


.















Comments