Aplikasi Threads Tiru Twitter ?

 


Apakah fungsi aplikasi Threads ?

 

Threads merupakan sebuah aplikasi perbualan menerusi gabungan akaun Instagram. Ia memberi peluang kepada konsumer untuk berkomunikasi serta berkongsi gambar , video dan mesej bersama rakan-rakan terdekat menerusi platform tersebut. Memfokuskan kepada perkongsian privasi dan perbualan secara rapat antara pengguna. 


Ini merupakan sebuah modus operandi terbesar Mark Zuckerberg apabila berjaya menarik lebih 10 juta pengguna dalam tempoh tujuh jam selepas pelancaran aplikasi terbaharunya, "Threads".

Dalam masa sama, anjakan paradigma ini ternyata telah menyalakan obor api persaingan terhadap pemilik Twitter, Elon Musk. 

Sebelum aplikasi ini dilancarkan, lelaki yang tersenarai antara individu terkaya ini pernah memutuskan untuk menghadkan jumlah bacaan buat pengguna akaun Twitter. 


Musk menegaskan, batasan sementara terhadap jumlah kicauan yang pengguna dapat baca dalam sehari terikat pada 600 kandungan bagi pemilik akaun yang belum memperoleh pengesahan status atau verified account (VA). [ Julai 2, 2023, Awani ] 
 

Dan ternyata ia memberi kesan terburuk setelah wujudnya "langkah kanan" daripada Zuck apabila berjaya meminang hati konsumer dalam aspek penggunaan Sosial Media.



“Walaupun mungkin memerlukan sedikit masa, tetapi saya fikir perlu ada aplikasi perbualan awam dengan lebih satu bilion orang menyertainya. Twitter mempunyai peluang untuk melakukannya tetapi mereka masih belum berjaya. Mudah-mudahan kami akan berjaya,” Mark Zuckerberg[ Julai 6, 2023, Utusan Malaysia ]



 

Perbezaan Threads Dan Twitter ? 

Dikhabarkan Elon Musk memberi amaran ingin menyaman Ketua Pegawai Eksekutif Meta, Mark Zuckerberg.

Berdasarkan portal berita Semafor, surat saman tersebut dihantar oleh peguam lantikan Twitter, Alex Spiro yang mendakwa bahawa Meta telah mengupah bekas kakitangan Twitter mengakses rahsia perniagaan aplikasi media sosial terbabit.

Jika ingin persoal tentang duplikasi, sebenarnya Threads merupakan sebuah aplikasi pembaharuan dan fungsinya hampir sama dengan Twitter.

Perbezaannya, berlakunya penambahbaikan dimana Threads mampu menghasilkan 500 aksara kepada pengguna untuk menghantar perkongsian kandungan dan ia lebih teratur serta mudah untuk digunakan.


Threads is a game-changer for Instagram users. It's like having your own private social network within Instagram. [ Alex Quin, Member of the Forbes Agency Council. ]

 

Nampaknya bakal berlaku perang terbesar dalam dunia bisnes aplikasi digital antara dua individu terkaya di dunia ! 









Comments