Penyediaan Gaji 'Latihan Amali' Sudah Lama Dijalankan Di Luar Negara ?
“Alhamdulillah, kerajaan bersetuju untuk menaikkan kadar elaun bagi pelatih praktikal daripada RM1.60 sejam kepada RM5 sejam, iaitu peningkatan lebih 3 kali ganda." Syed Saddiq , ( Ahmad Suhael Adnan, Berita Harian, 15 Ogos 2019 )
Momen-momen 'kononnya' era kegemilangan pada tahun 2019. Berikutan sewaktu Syed Saddiq Syed Abdul Rahman memegang jawatan sebagai Menteri Belia dan Sukan.
Digambarkan muncul sinar harapan buat anak-anak muda apabila keputusan kerajaan melaksanakan peningkatan elaun pelatih praktikal sebanyak RM 5 Sejam. Ia berlaku sewaktu mesyuarat jawatankuasa khas kabinet anak muda 15 Ogos 2019.
Namun agenda tersebut berakhir apabila telah wujud anasir-anasir 'Pintu Belakang'.
Alkisah, 'Ter' ungkit cerita lalu supaya menjadi pedoman buat kita semua. Walaubagaimanapun, fokus utama kali ini lebih kepada ' Pelaksanaan Gaji Amali Wujud Diluar Negara'.
Berdasarkan tiga cadangan Syed Saddiq agar graduan baharu mendapat gaji bermaruah, antaranya cadangan pelaksanaan Akta Latihan Amali Berbayar. Adakah benar penyediaan gaji 'Latihan Amali' sudah lama dilaksanakan di luar negara ?
The national average salary for paid interns is $12.88 per hour, although the salary can range from $7.25 to $30.15 depending on the industry and geographic location. (Indeed, June 10, 2023)
Di negara Amerika Syarikat, kerajaan perseketuan sudah lama mencadangkan penyediaan bajet untuk 'Gaji' pelatih amali dalam anggaran 50,000 Dolar AS - 60,000 Dolar AS setahun. ( Boleh Rujuk : Federal government internships paying $50K, $60K, even more for ‘student trainees’ )
Jika anda membaca kenyataan tersebut, sudah pasti terukir perasaan ingin bekerja disana. Tambahan pula dengan tangga gaji lumayan.
Tidak boleh dinafikan negara Amerika Syarikat merupakan antara negara raja ekonomi dengan penghasilan anggaran 17.5 Trillion dalam produk domestik bruto ( Gross Domestic Product ). Terbaharu, negara tersebut mendapat tempat pertama dalam carta destinasi pelaburan langsung asing ( foreign direct investment ). ( Boleh Rujuk : United States Is World's Top Destination for Foreign Direct Investment )
Ia memang tidak adil jika ingin dibandingkan antara negara Malaysia dengan Amerika Syarikat.
Bagaimana pula dengan keadaan geografi strategik negara Malaysia dimana dahulunya merupakan antara pusat perdagangan utama pada tahun 1488–1511 ?
Cadangan agar kerajaan mewajibkan tangga gaji pengiklanan dan 'wage benchmarking' ?
Salary benchmarking is the process of evaluating a company's internal job salaries based on their external value.( David Luther,Salary benchmarking Guide, Netsuite,7 September 2022 )
" Ukur baju di badan sendiri ". Antara peribahasa terbaik berdasarkan topik 'Salary benchmarking' atau penada aras bagi gaji yang bakal atau telah diterima.
Melalui tangga gaji pengiklanan, jelas beliau sistem sedia ada yang dilihat 'menjerut' graduan-graduan baharu untuk mendapatkan tangga gaji yang sepatutnya, dapat dielakkan dan ia perlu diperluaskan bukan sahaja kepada syarikat-syarikat besar tetapi juga kepada syarikat kecil dan sederhana (SME).(Hasimi Muhamad,Awani, 7 Jun 2023)
Merupakan antara tiga cadangan Ahli Parlimen Muar selain mewajibkan tangga gaji pengiklanan dan Akta Latihan Amali Berbayar.
Ia merupakan sebuah cadangan idea yang bernas.
Adakah ia dapat direalisasikan dengan sempurna tambahan pula dengan keadaan ekonomi yang sedia ada ini seperti 'hidup segan, mati tak mahu' ?
Atau hanya sekadar 'Cadangan'...
Comments
Post a Comment