Tiga cadangan Syed Saddiq agar graduan baharu mendapat gaji bermaruah? ( PART 1)

 


Berapakah Gaji Sara Hidup untuk individu ?


Gaji untuk hidup di Kuala Lumpur 'minima' adalah RM2,700 untuk bujang, RM4,500 untuk yang berkahwin, dan RM6,500 untuk yang berkahwin dengan dua orang anak. Bank Negara ( Lim, Ida, Keertan Ayamany, Malay Mail, 15 April 2021)


 Secara realitinya, pasaran buruh atau kerja (Labour Market) buat graduan baharu kini dikategorikan sebagai antara harga jatuh. Bergantung kepada permintaan dan penawaran (Supply and Demand), graduan kini semakin sukar untuk mendapatkan pekerjaan, tambahan pula dengan gaji permulaan yang rendah. 


Dan sebenarnya situasi ini bukan sesuatu perkara yang baharu, cuma kadar kesukaran sudah dinaik taraf setelah tahun 2023 menjelma.


Dalam kegawatan ini, satu cadangan telah diusulkan oleh Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq pada 7 jun 2023, jam 12.50 tengahari dalam sidang media di lobi Parlimen:

 
Cadangan agar kerajaan melaksanakan tiga langkah dalam belanjawan akan datang bagi memastikan graduan muda dibayar gaji yang bermaruah dan setimpal. (Hasimi Muhamad, Awani, 7 Jun 2023)

 

Cadangan pertama beliau adalah menjalankan Akta Latihan Amali Berbayar dengan pelaksanaan diwajibkan kepada sektor kerajaaan dan swasta. 


Bagaimana boleh terjadinya "cadangan" Akta Latihan Amali Berbayar ?

 

Syed Saddiq berkata ramai dalam kalangan guru-guru praktikal yang telah mendapat tempat tidak dibayar gaji ketika menjalani latihan praktikal. (Hasimi Muhamad, Awani, 7 Jun 2023)

 

Tunggu sebentar, kenyataan ini agak mencurigakan. Kita berbalik kepada Akta Kerja 1955 dimana telah menggariskan definisi "pekerja" menerusi Jadual Pertama Subseksyen 2(1). Tidak ada garis panduan untuk pelajar praktikal langsung ?


Agak mengejutkan tetapi itulah hakikat sebenar.


Bagaimana pula dengan solusi menawarkan kontrak perantisan? 


Sayang sekali tempoh pelaksaan kerja dibawah kontrak perantisan harus tidak kurang daripada 2 tahun (Akta Kerja 1955) manakala kadar tempoh bagi latihan amali difahamkan maksima 1 tahun mengikut penetapan pihak institusi pengajian tinggi. 


Walaubagaimanapun, dunia ini tidak dipenuhi dengan 'Abu Jahal' . Bergantung kepada mana-mana syarikat atau industri, elaun bulanan turut disediakan kepada pelajar praktikal.


Antara cadangan yang bijak buat Ahli Parlimen Muar dalam meminda Akta Kerja atau mengadakan satu akta baharu untuk membela nasib pelatih amali. Namun ia hanya sekadar cadangan semata-mata.


Sebenarnya cadangan ini agak logik dalam konteks 'graduan baharu mendapat gaji bermaruah'. Selain mendapatkan habuan latihan amali, mereka dapat meningkatkan kadar demand gaji berdasarkan tangga gaji ' Latihan Amali' yang diterima.


Nak tahu apa yang menarik di Negara Amerika Syarikat ? Mereka menyediakan kadar bayaran sekurang-kurangnya 20 Dolar AS / Satu Jam untuk pelatih amali ! 

( Boleh Rujuk di Link : How much does a Intern make in USA? )





 




 

 

Comments