Air Laut, Air Perigi, Air Sungai, Tak Cukup Air ?

Air laut untuk kegunaan harian : Adakah ia selamat ?




 

Purata air di lautan dunia mempunyai kemasinan kira-kira 3.5% bersamaan 35g/L, atau 599 mM. (U.S. Office of Naval Research Ocean Water Temperature)


Kuala Lumpur, 12 June: Masalah bekalan air domestik bukan sesuatu isu baharu khususnya bagi negeri Selangor, Kedah, Kelantan, Pahang dan terbaharu di negeri bawah bayu, Sabah. 

Ketika barisan negeri ini sedang bergelut dengan masalah air bersih, Institut Piawaian dan Penyelidikan Perindustrian Malaysia (SIRIM Berhad) membuka sebuah solusi dimana "Air laut sebagai jalan alternatif kepada penyelesaian masalah ini".

Kegunaan air masin ini jelas kelihatan seperti cadangan tidak waras untuk diketengahkan. Namun, ia sudah dilaksanakan di kawasan Pulau Sebangkat, Semporna, Sabah, sejak tahun 2022. 

Dan ternyata Air domestik ini selamat untuk digunakan.


Teknologi Apa Yang Digunakan Untuk Penghasilan Air Bersih ?



Proses Desalinasi Air Laut Menggunakan Reverse Osmosis: 'Membrane separation', merupakan proses penyaringan dengan 'membran permeabel' untuk menghalangi aliran garam yang terlarut sehingga terpisah daripada molekul air menjadi bersih.  ( Adika Tirta Daya, Oktober 23, 2020 )


Setinggi penghargaan buat Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif SIRIM, Datuk Indera Dr Ahmad Sabirin Arshad, keatas cadangan 'Laut boleh jadi sumber air bersih'. 




"Kita juga perlu teliti semula kebergantungan kepada sumber air sungai untuk bekalan air negara pada masa depan bagi mengelak timbul masalah jika sungai menjadi kering.Justeru, kita perlu ada pelan alternatif bermula sekarang, iaitu menggunakan air laut." Datuk Indera Dr Ahmad, ( Sariha Mohd Ali dan Essa Abu Yamin,
Berita Harian, Jun 3 2023. )


Dengan menggunakan teknologi penyahgaraman air laut yang dibangunkan institut berkenaan, krisis bekalan air bersih dapat ditangani dengan sempurna.

Menerusi media akhbar, sebanyak RM 300 Ribu Ringgit telah ditaja bagi projek rintis dalam menampung bekalan air bersih untuk kegunaan 200 penduduk Pulau Sebangkat, Semporna, Sabah.

Lebih mengejutkan bekalan air minuman itu kini turut dinikmati hampir seribu penduduk di kawasan terbabit. 


Projek Teknologi Penyahgaraman Air Laut Perlu Dilaksanakan !


Projek pertama melibatkan pelaburan China ke Malaysia bernilai RM170 bilion akan dimulakan selewat-lewatnya bulan depan, kata Perdana Menteri Anwar Ibrahim. ('Ainin Wan Salleh, FMT, April 5, 2023.)

Sedangkan projek pertama perlaburan berjumlah RM170 Billion bersama negara China boleh terhasil, inikan pula harga ratus ribu ringgit. Demi kepentingan rakyat dalam menyalurkan sumber asas kehidupan !

Diharapkan kerajaan baharu yang menitik beratkan konsep 'Malaysia Madani' dapat melaksanakan projek rintis ini khusus kepada negeri-negeri yang terlibat dalam masalah air bersih.

Sudah masuk tahun 2023, Sampai bila nak lihat anak Malaysia mandi air anak sungai ?





 

 


 

Comments